Ahli Parlimen Machang | Pengerusi Hal Ehwal Antarabangsa Ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional

Author: admin

Perbahasan Titah Diraja Pembukaan Parlimen ke-15

Bismillahi Rahmani Rahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih Tuan Yang di-Pertua. 

Bagi ucapan sulung saya sebagai Ahli Parlimen Machang pada hari ini saya ingin menjunjung kasih di atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sewaktu Istiadat Pembukaan Parlimen Penggal Kedua Parlimen Kelima Belas ini. 

Saya ingin juga merakamkan jutaan terima kasih ke semua pengundi Machang kerana memilih saya selaku Wakil Rakyat mereka tempoh hari. 

Tuan Yang di-Pertua, semalam kita dengar banyak perbahasan yang berbunyi kualiti daripada Pengerusi Backbencher pada Ketua Pembangkang dan yang lain-lain melibatkan hala tuju negara kita yang tercinta ini. 

Antara isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Titiwangsa adalah berkenaan dengan kelembapan pertumbuhan negara. 

Saya suka ingin meneruskan penghujahan beliau dengan merujuk satu laporan yang dikeluarkan oleh PricewaterhouseCoopers yang bertajuk “The World in 2050” yang diterbitkan pada tahun 2015, yang mana laporan tersebut merujuk kepada unjuran pertumbuhan ekonomi 32 buah negara dunia yang merangkumi 84 peratus KDNK global. Sedikit gambaran untuk saya kongsikan di Dewan yang mulia ini, siapa di tangga 10 tertinggi 2050 iaitu: 

(i) China; 
(ii) India; 
(iii) Amerika Syarikat; 
(iv) Indonesia;  
(v) Brazil; 
(vi) Mexico; 
(vii) Jepun; 
(viii) Rusia; 
(ix) Nigeria; dan 
(x) Jerman. 

Jelas 30 tahun akan datang akan berlaku perubahan paksi kuasa ekonomi dunia ke timur dan Malaysia bakal menduduki tangga ke-24. Kita juga bakal dipintas oleh jiran-jiran tetangga kita. Antaranya di tangga ke-23, Bangladesh; tangga ke-22, Vietnam; tangga ke-21, Thailand; dan tangga ke-20, Filipina. 

Melihat perkembangan yang merisaukan ini, kerajaan perlu memikirkan jalan keluar, strategi yang lebih menyeluruh agar pertumbuhan ekonomi negara kita terus berdaya saing dan maju. Kita perlu seperti jalan pintas, moonshot atau leapfrogging strategy untuk menjadikan Malaysia lebih berdaya saing dan makmur. 

Izinkan saya membangkitkan tiga cadangan ataupun strategi yang boleh dipertimbangkan oleh kerajaan pada hari ini. Pertama, Malaysia ialah sebuah negara perdagangan. Di peringkat antarabangsa, Malaysia perlu strategi yang jelas kembara luar (“going out” strategy) untuk syarikat-syarikat GLC kita mahupun swasta. Seperti African strategy ataupun kita menumpang mana-mana strategi yang sudah dibuat oleh rakan-rakan dagang kita seperti Belt and Road Initiative agar perkongsian kekayaan ini dapat dirasai oleh Malaysia juga. 

Saya teringat pada tahun 1990-an ketika mana Yang Amat Berhormat Tambun menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan bersama dengan mantan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Kita mempunyai satu strategi pelaburan luar yang agak ampuh. Kita membawa PETRONAS ke Sudan dan bekerjasama dengan mana-mana kuasa veto yang ada untuk melabur di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Berisiko tinggi tetapi pulangan pun tinggi juga. Jadi, bilamana kita ada perancangan yang jelas, sudah tentulah laba daripada pelaburan ini dirasai oleh rakyat Malaysia. 

Seperti mana yang dibuat oleh rakan tetangga kita Indonesia, Presiden Jokowi pada tahun 2014 mengumumkan bagaimana Indonesia mampu dan mahu menyahut strategi serantau ekonominya melalui Poros Maritim Dunia yang mana Indonesia ingin maju bersama dengan China dan strategi Belt and Road yang ada agar perdagangan yang berlaku di rantau ini juga dinikmati oleh warga Indonesia. Jadi, Malaysia juga perlu memikirkan bagaimana kita boleh meningkatkan daya saing GLC kita dan syarikat-syarikat swasta kita untuk melabur ke luar dan membawa pulangan tersebut ke dalam negara. 

Kedua, Malaysia dan kerajaan pada hari ini perlu terus mengamalkan dan juga melaksanakan Rancangan Malaysia Ke-12 sehingga habis tempohnya. Hal ini demikian kerana Rancangan Malaysia Ke-12 yang sudah dimaktubkan dan dibentangkan di dalam Parlimen ini membawa aspirasi yang cukup penting untuk semua rakyat Malaysia yang ada. Ia benar-benar menitikberatkan pembangunan yang mapan dan juga pengagihan yang adil. 

Antara perkara yang dititikberatkan oleh Rancangan Malaysia Ke-12 yang mana falsafahnya adalah berdasarkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 yang kita tahu telah dibatalkan oleh kerajaan pada hari ini dari segi penggunaan dalam surat-menyurat tetapi saya harap perkara ini tidak dibatalkan dari segi semangat dan isinya. 

Penekanan khas diberikan kepada enam buah negeri kurang membangun di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu Kedah, Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu. RMKe-12 menegaskan 50 peratus jumlah perbelanjaan pembangunan asas perlu diberikan kepada enam buah negeri ini. Alhamdulillah, Sabah dan Sarawak menikmati banyak perkara yang Kerajaan Persekutuan telah lakukan sepanjang tiga tahun kebelakangan ini. Akan tetapi kami harap, selaku Ahli Parlimen dari Kelantan, jangan menganaktirikan negeri Kelantan walaupun kami ditadbir oleh pembangkang. Ini kerana banyak projek strategik yang bersifat infra, yang menjadi pemangkin ekonomi negara dan negeri telah diluluskan dalam RMKe-12. 

Antaranya:  
(i) Lebuh Raya Kota Bharu ke Kuala Krai; 
(ii) pembinaan infra kawasan industri bersepadu berasaskan IBS di 
Sungai Bagan Labok, Machang; dan 
(iii) projek-projek lain yang mampu menjana pertumbuhan ekonomi negeri dan negara. 

Saya juga ingin membuat sedikit penilaian kepada cadangan Yang Berhormat Subang semalam yang mana beliau mencadangkan untuk membantu mengurangkan hutang negara, kita perlu apungkan PETRONAS. Ini saya tidak setuju kerana cadangan seperti ini telah kita sering dengar sejak tahun 2008 lagi ketika mana kita apungkan Sime Darby ketika ini. Cadangan ini bukan langkah yang baik untuk mengurangkan hutang negara. 

Jangan samakan PETRONAS dengan Saudi Aramco. Yang dicadangkan oleh Yang Berhormat Subang semalam, 20 peratus itu hendak dilepaskan pegangan kepada siapa? Malah PETRONAS adalah satu syarikat yang 100 peratus milik kerajaan yang bernaung di bawah Petroleum Development Act 1974. Saya akan bagi cadangan tentang bagaimana mungkin kita boleh perkasakan PETRONAS dalam perbahasan belanjawan nanti, insya-Allah. 

Ketiga, cadangan untuk kita memajukan negara tidak lain tidak bukan ialah pemberdayaan sumber manusia (human capital). Ini saya fikir satu perkara yang amat penting. Kelapa sawit, petroleum; ya komoditi membantu tetapi dari segi sumber manusia adalah lebih penting kita labur dan jadikan tunjang kepada pembangunan negara. 

Semalam, kita dikejutkan oleh jawapan daripada Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi, statistik yang agak mengejutkan. Peminjam PTPTN B40 berjumlah 1.84 juta orang. Ini bermakna anak muda kita yang baru hendak masuk kelas menengah hendak membayar cukai, tidak mampu sebenarnya membayar cukai. Lebih malang, generasi ini kalau kita ingat mereka ini terbahagi kepada dua kumpulan secara ringkasnya. 

Pertama, kumpulan yang saya istilahkan sebagai Pandemials; ini World Economic Forum keluarkan, iaitu golongan Millennials, anak muda yang lahir pada tahun 2000 yang terkesan teruk kerana COVID-19, tidak boleh pergi sekolah, tercicir dan sebagainya. Jadi golongan ini kalau kita lepaskan mereka ke pasaran terbuka, tidak adil bagi saya. Macam main golflah; tiada handicap, macam mana hendak menang dan maju? Perlu ada satu dasar khusus untuk golongan Pandemials ini. 

Kedua, golongan belia resah ataupun seperti kata Profesor Guy Standing daripada SOAS. Precariats; mereka ini golongan yang sebenarnya mempunyai ijazah atau sijil tetapi tidak mampu membangunkan diri kerana tiada identiti pekerjaan tetap. Mereka bukan tidak ada ilmu, ada tetapi mereka terpaksa ditekan dengan situasi dan sistem yang ada. 

Jadi, dua golongan ini kalau kita tidak berjaya membantu mereka dalam pelbagai bentuk dan cara, maka kita akan gagal melahirkan generasi kelas menengah yang baharu; M40 yang mampu membayar cukai kepada negara, yang mampu menanggung pelbagai perbelanjaan yang negara perlukan. 

Akan tetapi malangnya Ahli-ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia, fakta yang lebih menjerut yang saya ingin kongsi ialah daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) yang mana dalam Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima, golongan yang saya sebutkan tadi iaitu 1.84 juta orang belia PTPTN ini, mereka ini juga tergolong sebagai generasi sandwich (sandwich generation) kerana 70 peratus warga emas tinggal dengan anak atau keluarga terdekat. Golongan inilah yang jaga emak dan bapa. 

Lapan daripada 10 warga emas dapat bantuan kewangan daripada anak-anak yang saya sebutkan tadi. Sebanyak 48 peratus anak-anak ini membantu membiaya ibu bapa mereka membayar bil dan sebanyak 67 peratus daripada mereka juga bantu ibu bapa mereka beli makanan dan barangan asas di rumah. 

Jadi Yang Berhormat, saya bukan hendak mempolitikkan PTPTN kepada Yang Berhormat Pandan. Dia tidak ada dalam ini pada hari ini, tetapi saya ingin bertanya kepada beliau, what is your strategy to help this group of people, dengan izin? Oleh sebab sepanjang karier politik beliau, memang dikenali sebagai aktivis membantu PTPTN. Jadi, itu yang kami cuba tanya, bukan kita menuduh, fitnah dan sebagainya. Jadi, saya yakin Yang Berhormat Pandan akan mampu menawarkan cadangan yang baik dan kita bersedia membantu beliau sebagai pembangkang, insya-Allah. 

Terakhir sebelum saya mengakhiri ataupun menggulung perbahasan saya, ingin juga saya menyokong penuh usaha kerajaan untuk memartabatkan TVET. TVET ini dilihat sebagai second class institution dalam pendidikan kita. Tidak sama seperti di Jerman, Fachhochschule yang ada, yang mana siapa yang belajar di Fachhochschule walaupun dia aliran vokasional, tetapi martabat dan darjatnya adalah sama dengan pendidikan universiti yang lain. 

Ini kerana di Jerman mereka ada ekosistem SME yang kuat. Mereka ada BMW, Audi, BASF dan sebagainya yang mana peluang pekerjaan anak muda yang terlibat dalam sektor fachhochschule atau TVET ini, guaranteed jobs. Akan tetapi di Malaysia, saya yakin ini masih lagi terkebelakang dan perlu diperkuatkan bukan sahaja sistem TVET itu, tetapi SME kita. Malanglah kalau banyak sangat GLC sama ada di federal dan negeri bersaing rapat dengan swasta, crowding the market. 

Macam mana SME kita ingin membangun? Jadi, saya menyeru kepada kerajaan untuk mengadakan dasar yang lebih khusus tentang ini. 
Terakhir Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, saya ingin menyentuh sedikit tentang falsafah madani yang digagaskan oleh Yang Amat Berhormat Tambun. 

Istilah yang digunakan adalah mengampunkan hutang PTPTN secara bersasar yang saya harap insyaAllah kalau ada peluang, dapat dilunaskan oleh kerajaan dengan baik. 

Ringkasnya Tuan Yang di-Pertua, sebelum saya gulung dan yang terakhir, saya menyeru kita menyokong gagasan madani ini dengan memahami madani sepertimana yang sepatutnya difahami. Madani ini adalah satu falsafah yang benar-benar luhur dalam Islam. Ia berasal bukan dari madana sahaja, tetapi dari akar kata deen, agama. 

Jadi, saya berterima kasihlah kepada DAP kerana menyokong dasar yang benarbenar berasaskan Islam dalam kerajaan kita pada hari ini. Insya-Allah yang mana baik kita sokong, kita tidak akan menafikan sama sekali. Cuma saya ingin menegur pegawai-pegawai Yang Amat Berhormat Tambun, kalau hendak terjemah konsep madani ini secara molek, jangan gunakan buku skrip itu yang mana buku bahasa Inggeris yang asal sebab memang cukup lari dengan terjemahan bahasa Melayu. It is a good concept, but wrong kind of translation, adaptation. 

Jadi, saya mohon pembetulan ini dibuat di peringkat Jabatan Perdana Menteri agar falsafah madani ini dapat dihayati oleh semua rakyat Malaysia dengan baik, dengan betul. Jadi, dengan itu saya menjunjung kasih titah ini dan menyokong usul yang telah dibentangkan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih. 

– Diucapkan dalam Dewan Rakyat oleh YB Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, Ahli Parlimen Machang, 15 Februari 2023 –

ARMADA Kecam Pendakwaan Pemburuan Politik Ke Atas Pemimpin Bersatu Dan Perikatan Nasional

Pada 15 Februari 2023 yang lalu, wakil ARMADA BERSATU telah memfailkan laporan polis berhubung konspirasi politik jahat yang dikenakan ke atas pemimpin kami. Sasaran sebenar dan utama ialah YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertinggi lain dalam BERSATU, PAS dan Perikatan Nasional.

Hari ini apa yang Armada laporkan telah pun terjadi dengan “political persecution” terhadap Ketua Penerangan Bersatu Dato Wan Saiful Wan Jan.

Salinan Laporan polis tersebut di pamerkan disini dan kandungannya adalah seperti dalam lampiran di bawah.

YB WAN AHMAD FAYHSAL
KETUA ARMADA BERSATU MALAYSIA

——

LAMPIRAN

Saya, Faiz Rahmad adalah mewakili ARMADA BERSATU Bahagian Subang membuat laporan Polis:

  1. Saya sebagai ahli BERSATU membuat laporan ini berkenaan dengan fitnah jahat dan tohmahan palsu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yasin (“TSMY”), Perikatan Nasional (“PN”) dan parti Pribumi Bersatu Malaysia (“BERSATU”) yang direncanakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”), PM10 dari Pakatan Harapan (“PH”) dengan Dato’ Seri Zahid Hamidi (“DSZH”), Presiden UMNO dan orang suruhannya.
  2. Sejak kerajaan gabungan PH terbentuk dengan komplot UMNO/Barisan Nasional (“BN”), pelbagai tohmahan palsu dan fitnah jahat telah disebarkan untuk menutupi kepincangan kerajaan PH/BN yang memungkiri janji-janji manifesto pilihan raya mereka serta gagal mengurusi hal ehwal dan ekonomi negara. Fitnah ini juga dibuat demi tujuan politik untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan orang awam dan menyemarakkan keresahan rakyat terhadap TSMY/PN/BERSATU.
  3. Konspirasi jahat ini dapat dilihat apabila DSZH, Presiden UMNO yang menghadapi 47 pertuduhan/pendakwaan di Mahkamah, mengumumkan bahawa kluster Mahkamah yang baharu akan datang dari PN/BERSATU.

Pautan: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/pau-2022-sekarang-mereka-bakal-jadi-kluster-mahkamah/

  1. Konspirasi ini juga terlihat apabila PM10, DSAI mengumumkan bahawa kerajaan di bawah TSMY telah menyelewengkan RM600 bilion pakej rangsangan ekonomi.

Pautan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-seleweng-rm600-bilion-muhyiddin-jangan-cabar-saya-pm-anwar-395341

  1. Jumlah RM600 bilion bertukar menjadi RM92.5 bilion apabila jelas bahawa komponen fiskal dan non-fiskal dalam pakej rangsangan ekonomi bukanlah RM600 bilion tetapi hanya RM530 bilion.

Pautan: https://www.theedgemarkets.com/article/maccs-probe-alleged-misuse-covid19-funds-focus-rm925-bil

  1. Maka dibuat cerita bahawa TSMY/BERSATU telah mendapat komisyen sebanyak 3% – 5% daripada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek kerajaan bagi memberikan gambaran palsu bahawa PN/BERSATU telah mendapat habuan RM4.5 bilion.

Pautan: https://www.theedgemarkets.com/node/650783
https://www.astroawani.com/berita-politik/dakwaan-seleweng-dana-kerajaan-rm925-bilion-pembohongan-besar-muhyiddin-401279

  1. Terkini, ditimbulkan pula cerita bahawa BERSATU telah mendapat suapan sebanyak RM300 juta bukan dari pakej rangsangan ekonomi Covid-19 tetapi daripada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek kerajaan lain. Semua cerita ini adalah palsu.

Pautan: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/02/13/macc-to-probe-political-donors-linked-to-rm300m-in-frozen-bersatu-bank-accounts-says-report/54696

  1. Dalam kapasiti DSAI sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, DSAI telah menunjukkan penyalahgunaan kuasa apabila mengugut bahawa SPRM akan menyiasat tuduhannya. Ini memberikan gambaran terdapat asas bagi tindakan untuk membekukan akaun bank BERSATU. Tujuan sebenar adalah untuk melumpuhkan BERSATU yang akan menghadapi pilihan raya negeri di 6 buah negeri tidak lama lagi (PRN).
  2. Perbuatan DSAI menyalahgunakan kedudukannya untuk membuat ugutan jenayah/politik terhadap TSMY/PN adalah jelas dari kenyataannya sendiri:

10.1 “Jadi saya nak berikan peringatan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin… Jangan cabar kerana memang ternyata ada proses dan prosedur yang tidak dipatuhi selain ada beberapa syarikat berkepentingan atau berkait dengan keluarga yang terlibat.”;

10.2 “RM600 bilion itu peruntukan sepenuhnya tetapi kita akan teliti di mana ada pelanggaran peraturan dan ketirisan.”;

10.3 “Saya nak nasihatkan Takiyuddin jangan gopoh kerana saya di Kementerian Kewangan. Fail ada pada saya.”.

Pautan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-seleweng-rm600-bilion-muhyiddin-jangan-cabar-saya-pm-anwar-395341

  1. Isu RM600 bilion yang palsu ini telah pun dijelaskan oleh Menteri Kewangan pada waktu itu yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam Kabinet DSAI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (“TZ”) bahawa penyelewengan tersebut tidak berlaku.

Pautan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1036949/isu-dana-rm600b-tiada-apa-perlu-diperjelaskan-kerana-tiada-isu

  1. DSAI telah menyalahgunakan kuasanya selaku PM10 untuk menekan SPRM memulakan siasatan dan membekukan akaun bank BERSATU untuk memberi gambaran salah bahawa tohmahan dan fitnahnya mempunyai asas sedangakan ia adalah palsu sama sekali.
  2. Terkini, juga dibocorkan kepada media massa bahawa SPRM telah memulakan siasatan berkenaan dengan pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) sehingga fitnah ini disiarkan juga oleh TV3. Gambaran yang diberikan ialah kontrak tersebut diberikan secara direct nego oleh TSMY kepada menantunya Dato’ Muhamad Adlan Berhan semasa TSMY menerajui kerajaan.

Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=5VJ7pScJVCU

  1. Hal ini adalah fitnah semata-mata kerana kontrak tersebut telah diberikan secara open tender kepada syarikat Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (“IITS”) yang dimiliki IRIS Corporation Berhad (“IRIS”) dan bukan kepada syarikat milik Dato’ Adlan. Malah, Dato’ Adlan bukan pengarah, pemegang saham dan tidak mempunyai kepentingan dalam IRIS.

Pautan: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/02/08/macc-probing-possible-abuse-of-power-in-contract-for-ex-pms-son-in-law/

  1. Fitnah tersebut telah pun dijawab oleh TSMY dalam Facebook post beliau bertarikh 9.2.2023. Namun, fitnah ini masih disebarkan.

Pautan: https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/765202478297276?tn=-R

  1. Adalah jelas DSAI membuat tohmahan palsu dan fitnah jahat terhadap TSMY melalui kenyataannya kepada media massa yang membuat andaian “Tiada asap tanpa api”.

Pautan: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/02/11/no-smoke-without-fire-says-anwar-on-claims-against-muhyiddins-son-in-law/

  1. Akibat dari semua fitnah ini, SPRM telah membekukan akaun bank BERSATU atas alasan membuat siasatan. Ini boleh dianggap penyalahgunaan proses undang-undang. Saya percaya konspirasi ini juga bertujuan untuk dijadikan asas bagi membekukan akaun peribadi TSMY, akaun perniagaaan syarikat menantu dan keluarga TSMY, dan akaun peribadi ahli keluarga TSMY. Ini akan dilakukan untuk menyusahkan mereka dan untuk mencipta persepsi bahawa TSMY dan ahli keluarganya terlibat dengan rasuah sebagaimana pemimpin-pemimpin UMNO yang telah menjadi kluster Mahkamah.
  2. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri, TSMY berhak mendapat perlindungan undang-undang dari fitnah dan tohmahan semasa pentadbiran TSMY. BERSATU/TSMY dan keluarganya seharusnya dilindungi dari penyalahgunaan proses undang-undang untuk tujuan politik. Saya percaya DSAI/PH/DSZH/BN dan orang suruhannya telah melakukan kesalahan-kesalahan berikut:

18.1 Pakatjahat jenayah di bawah s. 120A dan 120B Kanun Keseksaan;

18.2 Memberi maklumat palsu dengan niat mendatangkan bencana kepada seseorang lain di bawah s. 182 Kanun Keseksaan;

18.3 Mereka keterangan palsu di bawah s. 192 Kanun Keseksaan;

18.4 Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat mendapat sabitan hukuman di bawah s. 195 Kanun Keseksaan;

18.5 Menggunakan keterangan yang diketahui sebagai palsu di bawah s. 196 Kanun Keseksaan;

18.6 Membuat pertuduhan palsu atas kesalahan dengan niat hendak membencanakan orang lain di bawah s. 211 Kanun Keseksaan;

18.7 Memfitnah di bawah s. 499 dan s. 500 Kanun Keseksaan;

18.8 Menakutkan secara jenayah di bawah s. 503 Kanun Keseksaan;

18.9 Mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan di bawah s. 504 Kanun Keseksaan;

18.10 Membuat kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam di bawah s. 505 Kanun Keseksaan;

18.11 Menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian di bawah s. 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

  1. Saya membuat laporan ini untuk mengekang perbuatan jenayah dan salah guna kuasa oleh pemimpin kerajaan yang jelas mempergunakan agensi penguatkuasa untuk menyalahguna proses undang-undang bagi membawa kerosakan terhadap TSMY dan kepimpinan BERSATU. Perbuatan mereka akan melumpuhkan demokrasi Malaysia dan amat bercanggah dengan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Saya memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mendakwa pihak-pihak terbabit yang bersalah demi menjamin keamanan dan keselamatan negara.

The Unsung Statesman

  1. Saya bertuah hari ini kerana dapat meluangkan masa yang panjang dengan salah seorang pemimpin tersohor Kelantan dan BERSATU yang cukup saya hormati – YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed atau lebih dikenali sebagai Tok Pa. Bukan saja Tok Pa belanja saya roti canai dan teh tarik tapi juga ilmu, pengalaman dan panduan berharga buat saya selaku ahli parlimen muda Kelantan untuk persiapkan diri dalam perjuangan ini.

  2. Tok Pa sudah bersara daripada tanggungjawab rasmi di parlimen Jeli (tetapi masih pegang jawatan ADUN Air Lanas) baru-baru ini tetapi semangat dan kudratnya untuk membangun Jeli, Kelantan dan Malaysia masih membara.

  3. Saya teringat zaman-zaman saya mahasiswa berdialog dengan beliau dalam Malaysia Student Leaders Summit anjuran UKEC yang mana ketika itu Tok Pa adalah Menteri Pengajian Tinggi. Kini saya pula terjun dalam bidang yang Tok Pa telah berbakti puluhan tahun lamanya baik dalam parti mahupun dalam politik sebagai wakil rakyat. Sesungguhnya demi Machang, tiada yang lebih saya hajati melainkan untuk belajar daripada pemimpin-pemimpin “otai” dan “sohor” asal Kelantan seperti Tok Pa.

  4. Ada satu fakta menarik yang mungkin ramai daripada kita khususnya generasi saya tidak berapa tahu tentang karier politik Tok Pa: sebaik sahaja YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (PM-10) dipecat dan digugurkan daripada Kabinet (Tun) Dr. Mahathir pada 2 September 1998, seminggu selepas itu Tok Pa telah diberi mandat oleh Tun Mahathir untuk mengepalai Kementerian Kewangan sebagai Menteri Kewangan II. Menteri Kewangan I ketika itu ialah YAB Tun Mahathir sendiri yang mana beliau juga adalah Menteri Dalam Negeri.

  5. Tok Pa ketika itu turut sama memikul jawatan Menteri Usahawan. Ini bermakna rombakan kabinet pasca pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Tun Mahathir itu meletakkan Tok Pa – selain Tun Mahathir – sebagai satu-satunya Menteri yang memegang dua jawatan kementerian.

  6. Ketika kemuncak krisis kewangan dan politik negara 1998 tersebut kita sering dengar nama-nama seperti Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang terlibat menyelesaikan krisis seperti yang dirakam dalam buku “Notes to the Prime Minister: The Untold Story of How Malaysia Beat the Currency Speculators” tulisan Wong Sulong dan juga seorang lagi tokoh yang sinonim dengan krisis 1998 iaitu Daim Zainuddin – tetapi sebenarnya antara watak utama yang berkerja keras sepanjang krisis itu adalah Tok Pa. 
  7. Ini kerana Tun Mahathir selaku Menteri Kewangan I (dan Menteri Dalam Negeri) terlampau sibuk menguruskan negara (dan krisis politik) maka hal-hal utama Kementerian Kewangan jatuh atas pundak Tok Pa selaku Menteri Kewangan II. Ianya bak sirih pulang ke gagag kerana Tok Pa bermula karier sebagai penjawat awam di Kementerian Kewangan pada 1974 dan berkhidmat di bawah salah seorang lagi lagenda dan negarawan Menteri Kewangan di era itu – Tengku Razaleigh Hamzah.

  8. Pada 1984, rezeki dan karier Tok Pa dalam bidang kritikal ini terus berkembang bila mana beliau diangkat menjadi pegawai khas kepada Menteri Kewangan ketika itu – Tun Daim Zainuddin – sebelum dinaik pangkat menjadi Setiausaha Politik Tun Daim kemudiannya.

  9. Setelah menjadi senator dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan pada 1991, beliau kemudiannya dinaikkan pangkat menjadi Timbalan Menteri Kewangan pada 1994 kepada tidak lain dan tidak bukan – Dato’ Seri Anwar Anwar Ibrahim sendiri yang menjadi Menteri Kewangan selepas era UMNO (Baharu) iaitu 1991 sampailah 1998 (dipecat).

  10. Antara tugas utama yang Tok Pa perlu buat selepas menggantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 1998 selain daripada terlibat dalam Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) ialah melaksanakan “Penyelesaian Luar Kotak” Tun Mahathir (seperti dinasihati Tan Sri Nor Mohamed Yakcop) yang bertentangan dengan Konsensus Washington IMF-Bank Dunia (yang Dato’ Seri Anwar Ibrahim berpegang kepadanya) iaitu kawalan modal dan tambat ringgit (capital control dan currency pegging).

  11. Ya, Tok Pa adalah Menteri yang bertanggungjawab menyelamatkan Malaysia daripada penyanggak mata wang George Soros dan para spekulator lain yang hampir meranapkan Malaysia. Sebelum Anwar Ibrahim dipecat, langkah penting ini tidak dapat dibuat. Hanya seminggu selepas pemecatan itu berlaku barulah Tun Mahathir dan kabinet – melalui Tok Pa sebagai Menteri Kewangan II – dapat lakukan seperti apa yang direncanakan dan dirakam dalam buku “Notes to Prime Minister” tersebut.

  12. Memandangkan gelombang Reformasi cukup kuat pada 1998-1999, PRU10 Tok Pa kalah di Jeli kepada calon PAS. Ketika itu penolakan orang Melayu ke atas UMNO cukup kuat dan yang memenangkan UMNO adalah undian kaum Cina yang menyokong MCA dan BN.

  13. Banyak yang saya bincangkan dengan Tok Pa tadi khususnya berkenaan pembangunan ekonomi Machang, Kelantan dan Malaysia. Saya masih perlu luangkan banyak masa bukan saja dengan Tok Pa, tetapi ramai lagi tokoh-tokoh besar ahli politik dan penjawat awam asal Kelantan yang rata-rata telah bermastautin di Kuala Lumpur untuk persiapkan agenda 5 tahun saya selaku wakil rakyat Machang dan lebih penting persediaan perbahasan saya untuk Titah Diraja dan Belanjawan 2023 yang bakal berlangsung dalam sidang Dewan Rakyat bulan Februari ini.

  14. Terima kasih Tok Pa atas segala jasa, pengorbanan yang diberikan kepada agama, bangsa dan negara. Kini tiba masanya saya dan pemimpin muda lain menyambung mata rantai perjuangan Tok Pa dan semua negarawan yang lain. Doakan!

– Wan Ahmad Fayhsal –

Liku-liku Penubuhan Malaysia

1. Apakah aktiviti yang afdal untuk dibuat oleh ahli politik untuk menyambut Hari Malaysia? Bagi saya menyelak semula lembaran sejarah bagaimana Malaysia dibentuk adalah amat penting kerana banyak sekali pengajaran dan ilmu tatanegara yang dapat dipelajari.

2. Tahun ini saya memilih satu bahan sejarah yang amat penting – satu memoir yang ditulis oleh salah seorang arkitek Malaysia iaitu Tun Ghazali Shafie (meninggal 2010) atau lebih dikenali sebagai “King Ghaz” yang terlibat secara langsung sebagai penjawat awam di Wisma Putra ketika itu dalam membantu Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak.

3. Memoir yang ditulis sendiri oleh almarhum Tun Ghazali Shafie dalam Bahasa Inggeris (sangat tinggi laras bahasanya) yang diterbitkan oleh Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2004 ini wajar dijadikan buku rujukan utama oleh ahli politik dan semua pelajar sejarah, dan sains politik. Ianya cukup bernilai kerana Tun Ghazali Shafie memuatkan banyak anekdot dan penceritaan semula proses, drama dan sisi pandang yang tajam, kritis berkenaan pembentukan idea Konsep Malaysia (Malaysia Concept) sehingga terbentuk entiti politik Persekutuan Malaysia.

4. Sebagai pelajar Geopolitik, sebelum ini saya banyak membaca bahan-bahan kajian sejarah pembentukan Malaysia dari sudut pandang serantau dan “luar” yang ditulis oleh sejarawan luar seperti Greg Poulgrain (“Genesis of Konfrantasi: Malaysia, Brunei, Indonesia 1945-1965”) dan pasangan Audrey dan George Kahin (“Subversion as Foreign Policy: The Secret Eisenhower and Dulles Debacle in Indonesia), Lee Kuan Yew (“Battle for Merger”) dan juga hansard-hansard perbahasan di Parlimen United Kingdom berhubung “Malaysia Bill” dan lain-lain.

5. Memoir King Ghaz adalah sudut pandang “dalam” sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu dan rumpun Melayu bagaimana pemimpin kita ketika itu yang dikepalai oleh negarawan Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak melihat semua cabaran dalaman, luaran yang memungkinkan Konsep Malaysia itu sendiri.

6. Kalau saya boleh rumuskan hasil pembacaan dan kajian saya setakat ini, pembentukan Persekutuan Malaysia banyak didorong oleh tuntutan dan desakan Geopolitik serantau – khususnya usaha Tunku Abdul Rahman dalam mengekang arus komunisme yang deras tajaan Soviet dan China. Begitu juga bekas penjajah kita British yang melihat betapa Perang Dingin (Cold War) yang berlangsung ketika itu boleh menjejaskan kepentingan politik dan ekonomi “Gentlemanly Capitalism” mereka di Alam Melayu.

7. Formula pembentukan Malaysia – yang pada mulanya didesak kuat oleh Lee Kuan Yew dan Singapura; juga oleh British untuk melibatkan hanya Malaya dan Singapura – amat dibayangi oleh kebimbangan Tunku Abdul Rahman akan polemik perkauman yang tidak seimbang dan tidak secocok dengan acuan orang-orang Melayu yang mempunyai institusi Raja, agama Islam dan adat Melayu. Ini diberi penghujahan yang jujur oleh Tunku dalam Dewan Rakyat pada 16 Oktober 1961 seperti yang dirakam secara verbatim dalam Memoir Tun Ghazali Shafie (ms110-126).

8. Episod rundingan dengan pihak British juga rumit. Bermacam-macam helah dan alasan yang diberikan oleh mereka untuk melambatkan usaha ini khususnya Kemerdekaan buat Borneo (Brunei, Sabah dan Sarawak). Tapi Tun Ghazali Shafie menceritakan bagaimana Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak benar-benar cerdas dalam diplomasi – tegas pada tempatnya, lembut pada tika waktunya. Akhirnya kita pun tahu British bersetuju dengan cara, dan syarat yang Persekutuan Tanah Melayu/Malaya tetapkan.

9. Banyak tohmahan dibuat oleh jiran tetangga kita ketika itu khususnya Indonesia dan Filipina yang mendakwa projek Malaysia ini adalah satu penjajahan bentuk baru atau neo-kolonialisme. Saya suka petik ucapan Tunku dalam parlimen ketika itu yang meletakkan kewibawaan Tunku Abdul Rahman dan Malaya sebagai negara yang mendepani cabaran penyahjajahan ketika itu:

“Malaya’s attitude towards colonialism is well-known and constantly reiterated both at home and abroad. We consider that it is our duty to help bring about an end to any form of colonialism. The very concept of the Malaysia Plan is an effort to end colonialism in this region of the world, in a peaceful and constructive manner. We in Malaya won our independence by peaceful means, and we are sure that the peoples of the Borneo territories would like to end their colonial status and obtain independence in the same way”.

10. Memoir Tun Ghazali Shafie ini seperti saya katakan tadi amat penting kerana ianya adalah hujah yang amat ampuh untuk menjawab fitnah dan dakyah yang bukan saja dilontarkan oleh Sukarno (Indonesia) dan Macapagal (Filipina) dulu tetapi juga kini yang dimainkan berulang kali oleh anasir-anasir yang menjaja cerita pemisahan Sabah dan Sarawak daripada Semenanjung Malaysia. Kenapa saya katakan demikian? Ini kerana hakikat sejarah tidak dapat dinafikan bahawa Persekutuan Tanah Melayu yakni Malaya adalah BIDAN KEMERDEKAAN buat Singapura, Sabah dan Sarawak.

11. Tanpa usaha Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak, Singapura, Sabah dan Sarawak tidak akan mendapat kemerdekaan semudah ini. Kenapa? Kerana ketika itu ketiga-tiga wilayah ini akan kekal hak milik mereka sebagai koloni British dek kerana kepentingan keselamatan dan ekonomi yang penting dimainkan Singapura, Sabah dan Sarawak kepada Britain ketika itu.

12. Singapura adalah entiti paling rumit untuk dirunding dalam membawa mereka masuk ke dalam Persekutuan Malaysia kerana faktor demografi yang lebih berat kepada kaum Cina (70% rakyat Singapura berketurunan Cina); anasir komunisme yang lebih kuat, tersusun; kepentingan sekuriti British dan SEATO (cabang NATO di Asia Tenggara) dalam mengekang Komunisme Internasional Soviet dan China; juga faktor ekonomi, kewangan, perdagangan Singapura kepada Britain. Lee Kuan Yew sangat mendesak mahukan penggabungan total (full merger) yang mana Tunku tidak setuju akibat banyak perkara – khususnya ketidak seimbangan kaum yang bakal memberi kesan sosio-politik yang besar kepada Malaya ketika itu.

13. Penggabungan Borneo untuk Malaysia lebih mudah dan tidak rumit kerana banyak sekali persamaan yang ada antara Malaya dan Boreno dari segi demografi rumpun Melayu, dan juga sistem yang ditinggalkan British. Malah rundingan dan perbincangan antara Tunku dan delegasi Borneo lebih nyaman, jujur dan mesra – seperti dinukilkan Tun Ghazali Shafie berbanding apa yang berlaku antara Tunku Abdul Rahman dengan Lee Kuan Yew.

14. Pembentukan Malaysia 1963 amat menarik untuk dikaji bukan saja daripada sudut pandang dalam seperti yang diceritakan tadi tapi seperti saya pernah kuliahkan (rujuk capaian Youtube saya: https://youtu.be/3mp49NsqIPI), ianya punya drama Geopolitik yang maha hebat.

15. Kanvas geopolitik serantau ketika itu di Asia Tenggara sebelum Persekutuan Malaysia terbentuk menujukkan episod-episod penting seperti peranan CIA di Indonesia untuk gulingkan Sukarno; Tanah Melayu sebagai pusat pengumpulan US Dollar terbesar buat British dan status Malaya sebagai “Sterling Area”; kepentingan kaum pemodal, kapitalis British seperti Sime Darby, Guthrie, Boustead, Harrison & Crossfield yang memerintah Tanah Melayu dan Malaysia sebagai “Gentlemanly Capitalism” dari The City of London; kepentingan perniagaan Rockefeller dan Kissinger dalam usaha mendapatkan kawalan dan pajakan ke atas lombong emas Grasberg di Papua dan kedudukan dan peranan Persekutuan Malaysia sebagai “bulwark” sistem kapitalis di Asia Tenggara.

16. Saya amat syorkan semua anak muda khususnya yang mahu bergiat dalam politik tanah air menjadikan sejarah pembentukan Persekutuan Malaysia sebagai satu ilmu sejarah dan tatanegara yang wajib dipelajari, difahami dan lebih penting dihayati kerana tanpanya Kemerdekaan yang kita warisi ini bakal tergugat suatu hari nanti. Jangan biarkan mana-mana pihak dari luar merungkai semula muafakat ini dan biarkan anai-anai dari dalam memakan tiang seri Rumah Panjang Malaysia ini. Selamat Hari Malaysia ke-59!

– Wan Ahmad Fayhsal –

An image of 1 person, book and text that says 'GHAZALI SHAFIE'SS MEMOIR on the Formation of Malaysia'

Undi18: Suatu Penjelasan – A Clarification

  1. The Rakyat Post melaporkan dalam sebuah artikel yang tajuknya menunjukkan saya telah berkata “Golongan Belia Malaysia Belum Bersedia Untuk Mengundi Manakala Akta Yang Telah Diluluskan 2 Tahun Lepas Terus Terawang-awang[1]. Namun begitu, tajuk ini hanya disokong oleh sebuah komen yang mengandaikan saya telah “membayangkan [sic] bahawa anak muda Malaysia belum bersedia untuk menggunakan hak mengundi dan beberapa bentuk pendidikan politik perlu diinstitusikan terlebih dahulu“.
  2. Di sini, saya ingin menjelaskan bahawa apa yang saya maksudkan bukanlah seperti itu. Namun, saya memang menyuarakan kebimbangan dan kepercayaan tegas saya bahawa dengan adanya hak mengundi, ada juga tanggungjawab yang perlu dilunaskan sebagai rakyat. Hak untuk memilih semestinya diiringi kewajipan moral untuk melakukannya dengan bijaksana.
  3. Sebagai salah seorang pendokong Undi18, saya pernah menyuarakan perkara yang sama dalam sebuah artikel Berita Harian yang bertajuk “‘Undi 18’ terajui perubahan politik negara” [2]. Dalam artikel yang sama , saya telah menekankan tentang peri perlunya pendidikan pengundi agar mereka mampu membuat keputusan yang adil dalam apa juga keadaan. Apa yang saya katakan di Clubhouse dua hari lepas tidaklah berbeza daripada apa yang telah nukilkan hampir dua tahun lalu.
  4. Sebuah negara yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen seperti kita memerlukan program-program pendidikan pengundi seperti keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan Negeri-negeri, kedaulatan undang-undang, peranan raja-raja sebagai payung negara, serta peranan utama demokrasi untuk mempertahankan negara kita sebagai bangsa yang merdeka dan berdaulat.
  5. Sesebuah demokrasi hanya boleh terus berdiri jika rakyatnya membuat keputusan yang tepat berdasarkan maklumat yang sahih, bukannya spekulasi dan ekstrapolasi. Media perlu memainkan peranan penting untuk menyampaikan laporan yang benar dan adil kepada masyarakat sivil.
  6. Saya sekali lagi ingin menyatakan sokongan saya yang tidak berbelah bahagi untuk Undi18. Pendirian ini tidak pernah berubah sejak dua tahun lalu, dan saya berharap agar perkara ini dilaporkan secara adil dan tanpa sebarang keraguan.
  7. Di samping itu, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru agar semua pihak untuk meneruskan dialog dalam hal ini. Masa depan negara tercinta ini bergantung sepenuhnya kepada usaha kita semua. Pintu saya sentiasa terbuka, ayuh kita jayakan bersama.

WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL
Ahli Dewan Negara
16 Februari 2021

  1. The Rakyat Post reported in the headline of an article that I have said something to the effect of “M’sian Youth Not Ready While The Passed Law Sits In Limbo For Almost 2 Years[1], which rests on a comment which insinuated that I “was implying [sic] that young Malaysians are not yet ready to exercise their voting rights and they would need some form of prior institutionalised political education”.’
  2. It is important to note that his was never my intention. However, I did express my concern and firm belief that with rights also come responsibilities. The right to vote necessarily come with the moral duty to do so judiciously.
  3. As one of the proponents of Undi18, I have earlier stated the very same belief in a Berita Harian article titled “‘Undi 18’ terajui perubahan politik negara” [2]. In the very same, I have emphasised on the need to educate voters so that they are fully equipped to make an informed decision come what may. What I have said on Clubhouse yesterday did not depart from what a wrote almost two years ago.
  4. In a constitutional monarchy and such parliamentary democracy as ours, voter education programmes should rightfully cover subjects such as the supremacy of our Federal and State constitutions, the rule of law, the role of the monarchs as our guide and stay, as well as the indispensable purpose of democracy to safeguard our sovereignty as a proud and independent nation.
  5. Our democracy relies heavily on the ability of our citizenry to make informed decisions based on established facts instead of speculation and extrapolation. Our media has a role to play in providing true and fair reporting.
  6. Again, I would like to state that my unequivocal support for Undi 18 remains as steadfast today as it was 2 years ago. Let the public records reflect that without any qualification.
  7. In saying so, this episode is perhaps an opportunity for us to have further conversations on this topic and work together to shape the destiny of this nation that we all love. My doors are always open. Let us work together on this.

WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL
Member of Malaysian Senate
16 February 2021

Reference:

[1]        Undi 18: Dep Minister Says M’sian Youth Not Ready While The Passed Law Sits In Limbo For Almost 2 Years (dated 15 February 2021)

https://www.therakyatpost.com/2021/02/15/undi-18-dep-minister-says-msian-youth-not-ready-while-the-passed-law-sits-in-limbo-for-almost-2-years/

[2]        ‘Undi 18’ terajui perubahan politik negara (dated 05 August 2019) https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/08/592787/undi-18-terajui-perubahan-politik-negara

‘Undi 18’ terajui perubahan politik negara

Artikel terlebih dahulu disiarkan oleh Berita Harian pada 5 Ogos 2019.

PILIHAN Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal menyaksikan warganegara berusia 18 tahun dan ke atas akan dibenarkan mengundi.

Rasionalnya sering kali diperkatakan ialah kempen sinonim dengan singkatan ‘undi 18’ ini adalah pemerkasaan kepada orang muda dalam menentukan hala tuju negara.

Benar dengan usia 18 tahun masih belum sempurna dalam memahami situasi politik negara. Rata-rata hanya mampu fokus kepada pencapaian akademik dan pekerjaan bagi mengubah nasib diri dan keluarga.

Pelajar pada peringkat menengah rendah dan tinggi kurang menunjukkan minat terhadap sistem pemerintahan negara dan politik. Justeru, mana mungkin kita meletakkan beban pada bahu mereka untuk memilih pemerintah yang akan menerajui negara.DISYORKAN UNTUK ANDA

Harus diingat menjelang PRU-15, dianggar 15 juta atau 66 peratus pengundi berusia 18 hingga 40 tahun.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menegaskan kerajaan harus membina pathway (landasan) kondusif dalam proses mematangkan golongan muda.

Jika landasan tidak dibina, selamanya orang muda akan terus dikesampingkan dalam proses pendemokrasian negara. Logiknya, jika orang muda (seawal usia 18 tahun) dibenarkan mengundi, akan terbit kesedaran untuk mereka memahami sistem pemerintahan negara.

Seiring hasrat membina persekitaran kondusif, ‘undi 18’ boleh dilihat sebagai metodologi memperkasa orang muda.

Jadi, ‘undi 18’ memerlukan perancangan strategik yang lengkap dan menyeluruh agar rasional ini dapat diterjemahkan dalam bentuk pulangan (pelaburan) kepada negara. Lantas beberapa rangka kerja harus diambil perhatian.

Dapatan Indeks Belia Malaysia 2017 oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) mendapati pembabitan dan kecaknaan belia dalam menyantuni isu politik masih rendah.

Rata-rata kurang menunjukkan minat terhadap situasi politik negara menyebabkan kurangnya kesedaran untuk mengundi. Alasan diberikan ialah politik sebagai entiti yang tidak berkait rapat dengan mereka dan hanya membuang masa.

Ketidakpercayaan kepada kerajaan dan ketelusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) antara faktor penyumbang senario ini.

Kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) harus mengenal pasti tahap kecenderungan berpolitik dalam kalangan orang muda, menganalisa dan mengemukakan jalan jalan penyelesaian bagi sebarang tindakan.

Memandangkan seawal usia 18 tahun orang muda dibenarkan mengundi, maka pengetahuan harus dibekalkan agar pembabitan mereka dalam PRU benar-benar menyumbang kepada kebaikan negara.

Subjek Sejarah Malaysia harus diberi penekanan dan perlunya ada fokus terhadap perjalanan negara pasca merdeka. Kefahaman bukan hanya berdasarkan teori dan hafalan, tetapi memberi penekanan terhadap pemahaman dan penghayatan. To love Malaysia is to know Malaysia.

Elemen kenegaraan harus diasimilasikan bersama subjek Sejarah pada peringkat menengah tinggi. Tanggungjawab sebagai warganegara harus diterapkan mengikut acuan lima prinsip Rukun Negara. Ini bukan proses doktrinisasi terhadap sesebuah agenda, sebaliknya usaha mengembalikan nostalgia proses pembinaan negara di awal kemerdekaan sehingga kini.

Kita perlu menghidupkan Rakan Muda sebagai satu inisiatif kebersamaan orang muda mengikut tema bersesuaian jiwa mereka.

Merapatkan jurang pelajar bandar dan luar bandar. Penilaian orang muda di kawasan bandar pasti berbeza dengan kemahuan rakan di luar bandar.

Wawasan, hala tuju dan cabaran juga pasti tidak sama antara keduanya. Sekiranya kita membiarkan jurang ini wujud dan terus melebar, PRU-15 gagal mempersembahkan suara orang muda yang kolektif kerana ia akan menampilkan pelbagai pemboleh ubah di setiap sudut.

Orang muda juga tidak dapat disatukan dalam proses pendemokrasian negara. Rentetan itu, kerajaan yang akan dibentuk gagal memahami hasrat golongan muda atau merencana agenda pembangunan bagi golongan sasar itu.

Program cakna politik kenegaraan dan pembentukan sahsiah pelajar. Kebanyakan parti politik sudah melaksanakan ‘sekolah politik’ sesuai dengan keperluan parti dalam merekrut pelapis. Hasilnya, pendidikan diberikan menjurus ke arah kekuatan parti dan kurang memberi penekanan terhadap Malaysia serta proses pembinaan negara.

Sebagai badan kerajaan, terutama KBS (dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan SPR) harus mengambil inisiatif dalam memberikan silibus politik kenegaraan jauh melangkaui politik kepartian.

Pembentukan sahsiah dan jati diri Malaysia perlu dipupuk. What does it take to be a good Malaysian? Am I Malaysian?

Semestinya pelajar tertanya-tanya dan kita seharusnya menyediakan naratif yang efektif kepada mereka.

Orang muda juga harus membuktikan umur bukan kayu ukur kematangan dalam menyumbang kepada negara. Maka tugas selanjutnya menuntut kita menyediakan platform kukuh bagi mereka untuk mengundi.

Kita tidak mahu perubahan Perlembagaan ini dilihat sebagai tindakan populis pemerintah, sebaliknya sebagai mekanik ke arah pembinaan negara lebih dinamik, seimbang dan syumul.

Penulis adalah Ketua Koordinator Akademi Harimau Asia

Usul Khas Dewan Negara : Menyanjung Tinggi Jasa Prof. Ungku Aziz dan Tun Rahah

PEMBERITAHUAN PERTANYAAN DEWAN RAKYAT
MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA,
PARLIMEN KEEMPAT BELAS


DARIPADA : WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD
KAMAL [PERIKATAN NASIONAL – BERSATU]
TARIKH : 29 DISEMBER 2020 (SELASA)

Usul di bawah Peraturan Mesyuarat 26(3):
“Bahawasanya Dewan yang mulia ini menyanjung tinggi segala jasa
Profesor Diraja, Almarhum Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid
kepada ekonomi dan pembangunan Malaysia khususnya umat Islam dan
kaum bumiputera, serta Almarhumah Tun Rahah binti Mohamed Noah
kepada perpaduan negara.”

Tuan Yang di-Pertua, terima kasih saya ucapkan atas peluang ini.
Hari-hari awal Malaysia cukup mencabar, antaranya diuji dengan perpisahan
dengan Singapura pada tahun 1965, diikuti dengan titik hitam Tragedi 13 Mei 1969. Namun semua ini telah menguatkan iltizam, malah memaksa kita
menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sendiri. Di sinilah kita harus
berterima kasih kepada dua sosok agung:

  • Pertama, Almarhumah Tun Rahah binti Mohamed Noah, juga suaminya Almarhum Tun Abdul Razak bin Hussein.
  • Kedua, Almarhum Prof Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid.

Almarhum Tun Razak tidak perlu diperkenalkan lagi. Namanya terpahat di mana sahaja, daripada Universiti Tun Abdul Razak di Malaysia, hinggalah ke Tun Abdul Razak Research Centre di United Kingdom yang membuat kajian terkini dalam teknologi getah yang bertaraf dunia. Begitulah hebatnya Bapa Pembangunan kita. 

Kurang dibincangkan ialah Almarhumah Tun Rahah, isteri kepada Perdana Menteri kedua dan bonda kepada yang keenam. Anak kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat yang pertama ini bertuah kerana mendapat pendidikan Inggeris, suatu keistimewaan untuk kaum wanita ketika itu. Seperti yang pernah disebut oleh tokoh Perancis Napoleon Bonaparte, kaum ibu yang berpendidikan menjamin pembinaan negara dan peradaban. Hasilnya, kita mendapat seorang lagi Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib dan juga tokoh perbankan Asia Tenggara, Dato’ Sri Nazir Razak. 

Namun begitu, legasi ini tidak boleh dipisahkan daripada seorang lagi gergasi pembangunan negara iaitu Almarhum Prof Diraja Ungku Aziz. Di bawah pimpinannya, Dasar Ekonomi Baharu telah berjaya membasmi kemiskinan tegar, menyusun atur kembali struktur sosio-ekonomi negara, dan membantu mengangkat kaum bumiputera yang ketinggalan berbanding kaum lain ketika itu. 

Walaupun kurang diwacanakan hari ini, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) – yang dirasmikan oleh Almarhum Tun Razak – juga adalah gagasan Almarhum Ungku Aziz. Dengan pemusatan sumber dan sokongan ekosistem, badan-badan koperasi lain di bawahnya memesatkan pembangunan ekonomi di peringkat akar umbi, khususnya untuk bumiputera, kaum minoriti dan penduduk luar bandar. Tidak dilupakan juga peranan Tabung Haji dan Bank Islam yang membuka pintu kepada revolusi perbankan dan kewangan Islam untuk dekad-dekad selepasnya. 

Nama Pak Ungku jua tidak dapat dipisahkan daripada Universiti Malaya, institusi pendidikan tinggi (IPT) perdana yang dibawanya dari Singapura ketika itu ke Kuala Lumpur. Pak Ungku menjadi orang Malaysia pertama yang menjawat Naib Canselor. Hasil wawasannya juga, bermula daripada bidang bahasa (beliau adalah Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka pertama) dan ekonomi yang merupakan kepakarannya, Universiti Malaya kini adalah yang ke-59 terbaik dunia berdasarkan QS World University Ranking 2021. Pusat-pusat kajian rentas bidang seperti Institut Kong Zi, Insitut Asia-Eropah dan Institute for Advanced Studies terus menghasilkan kertas-kertas kajian yang menjadi rujukan global. 

Pemikiran Almarhum dan generasinya amatlah melangkaui zaman dan di luar kebiasaan, maka membuka paradigma baharu dalam dunia pemikiran. Inovasi yang membumi seperti ‘indeks sarung’ adalah antara kayu ukur alternatif untuk menilai tahap sosio-ekonomi masyarakat sedangkan pihak lain masih menggunakan anggaran Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita atau pendapatan sehari. 

Sezaman dengannya, Allahyarham Syed Hussein Alatas menukilkan adikaryanya, ‘Mitos Pribumi Malas’ yang masih menjadi rujukan bidang sosiologi termasuk gerakan intelek arus perdana iaitu penyahjajahan (dengan izin: decolonialism). Ahli falsafah ulung negara, Profesor Tan Sri Syed Muhammad Naquib al-Attas juga menghasilkan ‘Islam and Secularism’ dan ‘The Concept of Education in Islam’ yang seterusnya menjadi asas pembangunan konsep pengislaman ilmu dan pembangunan institusi-institusi Islam, bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. 

Mereka semuanya juga bersaudara, malah berkait rapat dengan Kerabat Diraja Johor. Walaupun saya sebutkan dua nama sahaja iaitu Almarhumah Tun Rahah dan Almarhum Ungku Aziz yang baru sahaja meninggalkan kita, kita juga sebenarnya terhutang budi kepada seluruh generasi mereka. 

Saya menyeru agar Yang Berhormat Ahli-ahli Dewan Negara seluruhnya, bagi pihak negara Malaysia ini, agar kita dapat merakamkan setinggi-tinggi perhargaan kepada Almarhum Ungku Aziz, Almarhumah Tun Rahah serta generasi mereka atas segala sumbangan yang tidak terperi dengan kalimah semata-mata kepada kemakmuran dan perpaduan negara. 

Tanpa mereka, Malaysia yang hari ini tiada. Maka wajarlah agar jasa mereka diabadikan oleh Dewan yang mulia ini untuk tatapan dan ingatan anak watan sepanjang zaman. 

Sekian, terima kasih. 

Peace In South China Sea Is The Rule, Military Incursion Unwelcome

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) received with great concern news of the reported disguise of a US aircraft as a Malaysian one in South China Sea recently, allegedly for military purposes.

The South China Sea is an area shared by the vast majority of ASEAN nations, all of which uphold ASEAN’s principle of non-interference. Malaysia particularly objects to any attempt at disrupting this long-held tradition in order to protect the region’s peace and stability and its 500 million inhabitants.

Given the flight’s reported origin and activity, it was highly likely that this was an intelligence-gathering activity which risks further escalation, especially given the currently tense relation between China and the US. ARMADA believes that this was not a mistake but a deliberate attempt at manipulating the goodwill that Malaysia and other ASEAN nations enjoy to encroach upon our territorial waters for military purposes.

In no uncertain terms, we strongly condemn this devious act as an affront to our sovereignty and a stunt that had inadvertently hurt not only Malaysia’s international reputation as a peaceful nation, but also that of other ASEAN countries. We therefore urge the US Government to immediately provide an explanation.

ARMADA also calls upon our ASEAN neigbours to join hands to protect the integrity of our territories. The Straits of Malacca and South China Sea – both are supporting international trade and the livelihood of billions worldwide – should be free of any act that may threaten the long-cherished peace and stability that we have thus enjoyed, the ‘Pax ASEANA’.

We also urge all ASEAN governments to take steps to ensure that our nations’ identities will not be compromised in the future. Anything less would be detrimental our interests and good standing among other nations.

Sekolah Vernakular Perlu Dimansuhkan Secara Berperingkat

Pada sesi perbahasan di Parlimen semalam (25 Ogos 2020), Menteri Perpaduan, YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique telah membuat suatu kenyataan yang, pada pendapat ARMADA, tidak mencerminkan citra nasional bagi menjayakan integrasi kaum di negara ini. ARMADA secara tuntas menolak kenyataan bahawa sekolah vernakular tidak akan ditutup.

Biarpun Akta Pendidikan 1996 yang menggantikan Akta Pendidikan 1961 telah memansuhkan kuasa budi bicara Menteri Pendidikan untuk menutup sekolah vernakular pada bila-bila masa, sekolah vernakular jelas mendapat persepsi negatif rakyat apabila rata-ratanya gagal menghasilkan murid yang mampu memperlihatkan jati diri nasional yang kental. Selain itu, terdapat banyak pandangan bahawa penubuhannya kekal bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

Pendukungan simbol dan pengamalan sosiobudaya teras kebangsaan selaras dengan Kontrak Sosial antara lainnya menuntut penguasaan bahasa Melayu yang merupakan ‘bahasa kebangsaan’ kita. Namun pemerhatian menunjukkan ramai lepasan sekolah vernakular hanya mampu memperlihat penguasaan bahasa ibunda masing-masing. Ini disokong data-data kajian ilmiah dan penelitian cendekiawan nasional seperti Prof. Dr Teo Kok Seong dari UKM.

Jati diri kebangsaan secara unggul juga memerlukan bukan sahaja kefasihan malah penguasaan bahasa kebangsaan dengan baik. Rata-rata pelajar sekolah vernakular pula hanya mampu mempamerkan jati diri ‘etnik tertentu’ mengikut aliran persekolahan yang dipisah dan terpisah berdasarkan jalur etnisiti. Maka jika dinilai, rata-rata mereka kelihatan tidak nasional atau tidak mencerminkan citra kebangsaan dalam tekad mencapai integrasi nasional.

Penjelasan di Parlimen semalam juga kelihatan menerawang apabila menyatakan bahawa “PERPADUAN PERLU DIMULAKAN DARIPADA ASAS SEJAK SEKOLAH RENDAH, MENENGAH, SEHINGGA UNIVERSITI, TERMASUK KEPENTINGAN PENGHAYATAN ASPEK RUKUN NEGARA”. Teras sosialisasi antara utamanya ialah melalui pendidikan, maka secara jelas anak-anak Malaysia tidak wajar dipisah-pisah melainkan berada di bawah satu bumbung.

ARMADA tidak menolak rencam masyarakat, malah meraikan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia kerana inilah keunikan dan kekuatan kita. Namun berbeza-beza biarlah satu! Maka, di samping mendokong untuk mengasaskan Bahasa Mandarin dan juga Bahasa Tamil sebagai subjek utama di sekolah kebangsaan di Malaysia, pun begitu perlu jelas bahawa bahasa Melayu adalah tali pengikat perpaduan selaras perlembagaan.

Bercakap soal penghayatan Rukun Negara, terangan terasnya adalah “Keluhuran Perlembagaan”. Bagaimana boleh pernyataan terkait Rukun Negara pula menolak perihal mendaulahkan antara perkara dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 152?

Maka, dengan hasrat murni untuk mengutuhkan perpaduan negara, ARMADA kekal dengan pendirian bahawa Sekolah Vernakular wajar dimansuhkan secara berperingkat. Perlu ada usaha untuk memastikan hal ini menjadi keutamaan agenda nasional, dan bukannya digunakan sebagai bahan politik tidak kira di blok kerajaan mahupun pembangkang untuk sekadar meraih undi.

YB Senator Wan Ahmad Fayhsal
Ketua ARMADA Nasional

  • 1
  • 2

2023 © Wan Fayhsal

Pusat Khidmat Ahli Parlimen Machang
Machang, Kelantan Darul Naim