31/12/2020
Usul Khas Dewan Negara : Menyanjung Tinggi Jasa Prof. Ungku Aziz dan Tun Rahah
Dalam sidang Dewan Negara hari ini, saya telahpun mencadangkan satu usul khas untuk menyanjung tinggi segala jasa Profesor Diraja, Almarhum Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid kepada ekonomi dan pembangunan Malaysia khususnya umat Islam dan kaum bumiputera, serta Almarhumah Tun Rahah binti Mohamed Noah kepada perpaduan negara.