Senator | Timbalan Menteri Belia & Sukan | Ketua ARMADA Nasional
#KekalBERSATU #NafasBaru

#KekalBERSATU #NafasBaru

Ketua ARMADA Nasional

Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal

PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA 

Wan Ahmad Fayhsal bin Wan Ahmad Kamal
Calon Ketua Armada Nasional #01

(ditulis pada 14 Ogos, sehari sebelum Pemilihan ARMADA)


Salam sejahtera,

Pemilihan kali ini serba meriah, lebih-lebih lagi kerana ia adalah pemilihan sulung Parti Pribumi Bersatu Malaysia.

ARMADA juga mencatat sejarah kerana selain daripada pemilihan sayap, ramai juga ahli yang berentap sebagai calon anggota Majlis Pimpinan Tertinggi.

Demi meraikan semangat demokrasi dalam parti, saya menawarkan diri sebagai calon Ketua ARMADA Nasional #01.

Gagasan "ARMADA Untuk Semua" yang saya bawa berdiri di atas tiga tunjang utama:

#penyatuanARMADA - Walaupun berbeda pendapat, kita sebagai penggerak politik sejati harus menguruskan perbezaan dengan bijaksana. ARMADA hanya satu, tiada puak atau pihak dalam sayap ini. Kita ARMADA Bersatu!

#NafasBaru: Kita membawa pendekatan politik baharu dengan imej yang segar. ARMADA ini "dari pemuda, oleh pemuda, untuk pemuda" yang prihatin dan menepati citarasa anak muda nusa dan bangsa.

Atas sebab ini juga saya memilih Saudara Ceasar Mandela Malakun dari Sabah sebagai calon Naib Ketua Armada Nasional #02. Kita satu Malaysia, maka pasukan ARMADA juga harus menjadi refleksi aspirasi ini.

#kekalBERSATU: Sebagai parti politik, ARMADA harus menjadi tonggak utama perjuangan BERSATU. Hanya dengan itu kita dapat tawarkan BERSATU sebagai pilihan utama rakyat Malaysia.

Jika dihayati semangat di atas, saya percaya ARMADA akan kuat dan dapat menjadi denyut nadi perjuangan anak muda negara ini, serta pembela nasib masyarakat pribumi.

Hanya dengan itu dapat BERSATU kekal sebagai sebuah perjuangan yang memimpin negara dan membawa kemakmuran yang dapat dikecapi bersama.

"DEMI ARMADA DAN BERSATU TERCINTA"

Salam hormat,

WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL
Calon Ketua ARMADA Nasional #01

Selamat Bersidang kepada semua Perwakilan ARMADA!

2020 © Wan Fayhsal

Kementerian Belia dan Sukan
Tingkat 16, Menara KBS,
No 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
62570 Putrajaya