Sebagai Ketua ARMADA Nasional, saya akan memastikan bakat dan kebolehan ahli dan pemimpin ARMADA di setiap Bahagian dan Negeri diperkasakan bagi mencapai matlamat parti dan menyumbang kepada agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta.
Pendidikan & Peluang
Untuk membentuk ARMADA sebagai sebuah organisasi kalis masa depan, berwibawa dan menjadi pilihan anak muda, kita perlu memberikan lebih banyak ruang kepada warga ARMADA melalui peluang-peluang keusahawanan, pendidikan, pekerjaan dan akses kepada pelbagai inisiatif yang dikelolakan oleh agensi dan institusi swasta.
Kebajikan & Khidmat
ARMADA adalah entiti yang menjalankan politik khidmat; dan semestinya khidmat kita bagi mencorakkan negara Malaysia yang lebih baik. Kita mahukan ARMADA yang lebih berkebajikan, adil dan saksama, yang mana masing-masing mampu untuk memegang amanah bagi berkhidmat untuk rakyat.
Belia, Sukan & Masyarakat
Seni dan warisan bangsa perlu diperkasa bagi membangunkan anak-anak muda yang berwibawa. Kecemerlangan warga ARMADA dalam segenap bidang akan direkodkan dan sekaligus dimeritkan di dalam sistem Jaringan ARMADA bagi dipertontonkan sebagai profil awam warga ARMADA.
Perkukuh Organisasi
Saya akan terus berusaha untuk memperkemaskan organisasi dengan cara memastikan keberkesanan pentadbiran ARMADA di setiap Bahagian dan Negeri, agar semua terus berbakti dengan penuh efisien.
Jangan segan silu hubungi saya di talian +6017-9921544 ataupun emel ke [email protected]. Nafas baru, mercu perjuangan baharu kita semua!