Pada 15 Februari 2023 yang lalu, wakil ARMADA BERSATU telah memfailkan laporan polis berhubung konspirasi politik jahat yang dikenakan ke atas pemimpin kami. Sasaran sebenar dan utama ialah YB Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pimpinan tertinggi lain dalam BERSATU, PAS dan Perikatan Nasional.
Hari ini apa yang Armada laporkan telah pun terjadi dengan “political persecution” terhadap Ketua Penerangan Bersatu Dato Wan Saiful Wan Jan.
Salinan Laporan polis tersebut di pamerkan disini dan kandungannya adalah seperti dalam lampiran di bawah.
YB WAN AHMAD FAYHSAL
KETUA ARMADA BERSATU MALAYSIA
——
LAMPIRAN
Saya, Faiz Rahmad adalah mewakili ARMADA BERSATU Bahagian Subang membuat laporan Polis:
- Saya sebagai ahli BERSATU membuat laporan ini berkenaan dengan fitnah jahat dan tohmahan palsu terhadap Tan Sri Muhyiddin Yasin (“TSMY”), Perikatan Nasional (“PN”) dan parti Pribumi Bersatu Malaysia (“BERSATU”) yang direncanakan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim (“DSAI”), PM10 dari Pakatan Harapan (“PH”) dengan Dato’ Seri Zahid Hamidi (“DSZH”), Presiden UMNO dan orang suruhannya.
- Sejak kerajaan gabungan PH terbentuk dengan komplot UMNO/Barisan Nasional (“BN”), pelbagai tohmahan palsu dan fitnah jahat telah disebarkan untuk menutupi kepincangan kerajaan PH/BN yang memungkiri janji-janji manifesto pilihan raya mereka serta gagal mengurusi hal ehwal dan ekonomi negara. Fitnah ini juga dibuat demi tujuan politik untuk menimbulkan kebencian dan kemarahan orang awam dan menyemarakkan keresahan rakyat terhadap TSMY/PN/BERSATU.
- Konspirasi jahat ini dapat dilihat apabila DSZH, Presiden UMNO yang menghadapi 47 pertuduhan/pendakwaan di Mahkamah, mengumumkan bahawa kluster Mahkamah yang baharu akan datang dari PN/BERSATU.
Pautan: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/pau-2022-sekarang-mereka-bakal-jadi-kluster-mahkamah/
- Konspirasi ini juga terlihat apabila PM10, DSAI mengumumkan bahawa kerajaan di bawah TSMY telah menyelewengkan RM600 bilion pakej rangsangan ekonomi.
Pautan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-seleweng-rm600-bilion-muhyiddin-jangan-cabar-saya-pm-anwar-395341
- Jumlah RM600 bilion bertukar menjadi RM92.5 bilion apabila jelas bahawa komponen fiskal dan non-fiskal dalam pakej rangsangan ekonomi bukanlah RM600 bilion tetapi hanya RM530 bilion.
Pautan: https://www.theedgemarkets.com/article/maccs-probe-alleged-misuse-covid19-funds-focus-rm925-bil
- Maka dibuat cerita bahawa TSMY/BERSATU telah mendapat komisyen sebanyak 3% – 5% daripada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek kerajaan bagi memberikan gambaran palsu bahawa PN/BERSATU telah mendapat habuan RM4.5 bilion.
Pautan: https://www.theedgemarkets.com/node/650783
https://www.astroawani.com/berita-politik/dakwaan-seleweng-dana-kerajaan-rm925-bilion-pembohongan-besar-muhyiddin-401279
- Terkini, ditimbulkan pula cerita bahawa BERSATU telah mendapat suapan sebanyak RM300 juta bukan dari pakej rangsangan ekonomi Covid-19 tetapi daripada kontraktor-kontraktor yang mendapat projek kerajaan lain. Semua cerita ini adalah palsu.
Pautan: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/02/13/macc-to-probe-political-donors-linked-to-rm300m-in-frozen-bersatu-bank-accounts-says-report/54696
- Dalam kapasiti DSAI sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, DSAI telah menunjukkan penyalahgunaan kuasa apabila mengugut bahawa SPRM akan menyiasat tuduhannya. Ini memberikan gambaran terdapat asas bagi tindakan untuk membekukan akaun bank BERSATU. Tujuan sebenar adalah untuk melumpuhkan BERSATU yang akan menghadapi pilihan raya negeri di 6 buah negeri tidak lama lagi (PRN).
- Perbuatan DSAI menyalahgunakan kedudukannya untuk membuat ugutan jenayah/politik terhadap TSMY/PN adalah jelas dari kenyataannya sendiri:
10.1 “Jadi saya nak berikan peringatan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin… Jangan cabar kerana memang ternyata ada proses dan prosedur yang tidak dipatuhi selain ada beberapa syarikat berkepentingan atau berkait dengan keluarga yang terlibat.”;
10.2 “RM600 bilion itu peruntukan sepenuhnya tetapi kita akan teliti di mana ada pelanggaran peraturan dan ketirisan.”;
10.3 “Saya nak nasihatkan Takiyuddin jangan gopoh kerana saya di Kementerian Kewangan. Fail ada pada saya.”.
Pautan: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/dakwaan-seleweng-rm600-bilion-muhyiddin-jangan-cabar-saya-pm-anwar-395341
- Isu RM600 bilion yang palsu ini telah pun dijelaskan oleh Menteri Kewangan pada waktu itu yang merupakan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam Kabinet DSAI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (“TZ”) bahawa penyelewengan tersebut tidak berlaku.
Pautan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/12/1036949/isu-dana-rm600b-tiada-apa-perlu-diperjelaskan-kerana-tiada-isu
- DSAI telah menyalahgunakan kuasanya selaku PM10 untuk menekan SPRM memulakan siasatan dan membekukan akaun bank BERSATU untuk memberi gambaran salah bahawa tohmahan dan fitnahnya mempunyai asas sedangakan ia adalah palsu sama sekali.
- Terkini, juga dibocorkan kepada media massa bahawa SPRM telah memulakan siasatan berkenaan dengan pemberian kontrak Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) sehingga fitnah ini disiarkan juga oleh TV3. Gambaran yang diberikan ialah kontrak tersebut diberikan secara direct nego oleh TSMY kepada menantunya Dato’ Muhamad Adlan Berhan semasa TSMY menerajui kerajaan.
Pautan: https://www.youtube.com/watch?v=5VJ7pScJVCU
- Hal ini adalah fitnah semata-mata kerana kontrak tersebut telah diberikan secara open tender kepada syarikat Iris Information Technology Systems Sdn Bhd (“IITS”) yang dimiliki IRIS Corporation Berhad (“IRIS”) dan bukan kepada syarikat milik Dato’ Adlan. Malah, Dato’ Adlan bukan pengarah, pemegang saham dan tidak mempunyai kepentingan dalam IRIS.
Pautan: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/02/08/macc-probing-possible-abuse-of-power-in-contract-for-ex-pms-son-in-law/
- Fitnah tersebut telah pun dijawab oleh TSMY dalam Facebook post beliau bertarikh 9.2.2023. Namun, fitnah ini masih disebarkan.
Pautan: https://www.facebook.com/ts.muhyiddin/posts/765202478297276?tn=-R
- Adalah jelas DSAI membuat tohmahan palsu dan fitnah jahat terhadap TSMY melalui kenyataannya kepada media massa yang membuat andaian “Tiada asap tanpa api”.
Pautan: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/02/11/no-smoke-without-fire-says-anwar-on-claims-against-muhyiddins-son-in-law/
- Akibat dari semua fitnah ini, SPRM telah membekukan akaun bank BERSATU atas alasan membuat siasatan. Ini boleh dianggap penyalahgunaan proses undang-undang. Saya percaya konspirasi ini juga bertujuan untuk dijadikan asas bagi membekukan akaun peribadi TSMY, akaun perniagaaan syarikat menantu dan keluarga TSMY, dan akaun peribadi ahli keluarga TSMY. Ini akan dilakukan untuk menyusahkan mereka dan untuk mencipta persepsi bahawa TSMY dan ahli keluarganya terlibat dengan rasuah sebagaimana pemimpin-pemimpin UMNO yang telah menjadi kluster Mahkamah.
- Sebagai seorang bekas Perdana Menteri, TSMY berhak mendapat perlindungan undang-undang dari fitnah dan tohmahan semasa pentadbiran TSMY. BERSATU/TSMY dan keluarganya seharusnya dilindungi dari penyalahgunaan proses undang-undang untuk tujuan politik. Saya percaya DSAI/PH/DSZH/BN dan orang suruhannya telah melakukan kesalahan-kesalahan berikut:
18.1 Pakatjahat jenayah di bawah s. 120A dan 120B Kanun Keseksaan;
18.2 Memberi maklumat palsu dengan niat mendatangkan bencana kepada seseorang lain di bawah s. 182 Kanun Keseksaan;
18.3 Mereka keterangan palsu di bawah s. 192 Kanun Keseksaan;
18.4 Memberi atau mereka keterangan palsu dengan niat mendapat sabitan hukuman di bawah s. 195 Kanun Keseksaan;
18.5 Menggunakan keterangan yang diketahui sebagai palsu di bawah s. 196 Kanun Keseksaan;
18.6 Membuat pertuduhan palsu atas kesalahan dengan niat hendak membencanakan orang lain di bawah s. 211 Kanun Keseksaan;
18.7 Memfitnah di bawah s. 499 dan s. 500 Kanun Keseksaan;
18.8 Menakutkan secara jenayah di bawah s. 503 Kanun Keseksaan;
18.9 Mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan di bawah s. 504 Kanun Keseksaan;
18.10 Membuat kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam di bawah s. 505 Kanun Keseksaan;
18.11 Menyalahgunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian di bawah s. 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
- Saya membuat laporan ini untuk mengekang perbuatan jenayah dan salah guna kuasa oleh pemimpin kerajaan yang jelas mempergunakan agensi penguatkuasa untuk menyalahguna proses undang-undang bagi membawa kerosakan terhadap TSMY dan kepimpinan BERSATU. Perbuatan mereka akan melumpuhkan demokrasi Malaysia dan amat bercanggah dengan keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang. Saya memohon pihak polis menyiasat perkara ini dan mendakwa pihak-pihak terbabit yang bersalah demi menjamin keamanan dan keselamatan negara.
Leave a Reply